Dropship

TERMA & SYARAT AGEN DROPSHIP HISMIY KOLEKSI
  •  Terima kasih kerana berminat menjadi Dropshiper Hismiy Koleksi... Sila sertakan maklumat seperti dibawah untuk pendaftaran ke alamat email hismiy_10@hotmail.com
    1) Nama
    2) ID name
    3) Email
    4 )No HP
    5) Alamat

    Agen dropship DIBENARKAN mempromosi jualan mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster, MySpace, laman jualan komuniti seperti eBay, Mudah.my, Lelong.my, laman blog anda sendiri atau boleh juga membuat jualan secara offline. Anda hanya perlu copy gambar di album page Hismiy Koleksi. T-muslimah tidak dibuat utk dropship.

    Oleh sebab tidak ada modal diperlukan, maka agen dropship perlu KOMITED (Contoh: Bukan ingin menjadi agen semata-mata ingin membeli untuk diri sendiri dengan harga agen dropship).

    Agen PERLU membeli sekurang-kurangnya 1 PRODUK untuk 1 BULAN. Agen yang AKTIF sahaja akan disenaraikan sebagai agen kami.

    Jadual stok & harga akan di email pada setiap ahli yg berdaftar. Stok terkini dan saiz akan sentiasa di update di page admin Hismiy Koleksi.

    Pastikan mendapat COMFIRMATION ORDER sebelum pembayaran dibuat kepada kami. Segala pertanyaan saiz & stok boleh whatsapp ke 0172380992 atau terus PM admin. Kos Pos (penghantaran) adalah PERCUMA mengikut seperti yang dinyatkan pada setiap baju.

    Pelanggan anda blh bank in ke akaun anda & bankin semula kepada kami(admin) mengikut harga dropship. Bayaran mesti diterima dahulu sebelum kami membuat penghantaran kepada pelanggan anda. Pembayaran adalah melalui Maybank atau Cimb juga diterima

    Segala urusan pos kami akan uruskan. Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 2-4 hari selepas penerimaan bayaran disahkan.

    Item yang telah dihantar tidak boleh ditukar kecuali rosak (Hismiy Koleksi sentiasa memastikan item dalam keadaan baik sebelum penghantaran).

    Sekiranya hendak menukar saiz, warna atau item lain, kami akan caj kos penghantaran sebanyak RM10 untuk semenanjung dan RM15 untuk Sabah atau Sarawak.

    Semua barangan yang telah dijual tidak boleh ditukar dengan wang.
    HISMIY KOLEKSI berhak untuk mengubah terma & syarat ini dari masa ke masa mengikut kesesuaian keadaan tanpa perlu mengeluarkan sebarang notis awal.


    ~~~SELAMAT MAJU JAYA..SAMA2 KITA USAHA, INSYAALLAH ADA REZEKI..KESABARAN & KESUNGGUHAN KUNCI KEJAYAAN ANDA & KAMI~~~
    Hismiy Koleksi

Produk Popular Hismiy

 
Support : Creating Website |Johny Template | Mas Template
Hak Cipta © 2014. HISMIY KOLEKSI - All Rights Reserved
Template dari by Mas Template
Redesign by : Designblog4u Proudly powered by Blogger